Malaysia perkukuh hubungan strategik global menerusi lawatan ke Itali, Perancis dan Brazil

LAWATAN rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia ke Itali, Perancis dan Brazil bermula pada 1 Julai lalu berjaya mencatatkan pencapaian yang signifikan dari pelbagai aspek, merangkumi kerjasama dua hala, pelaburan strategik dan pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa.

Menurut Anwar, lawatan tersebut tidak hanya tertumpu kepada usaha menarik pelaburan atau memperkukuh perdagangan, sebaliknya turut menekankan aspek kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan yang memberi manfaat jangka panjang kepada negara.

“Ada orang kata, ooh bukan kita nak minta dia labur, kita beli. Kalau nak beli pesawat, kena beli juga. Kalau runding beli, faedah kepada negara lebih, kita kenakan syarat.

“Kita letak syarat. Buat sebahagian di Malaysia, pangkalan di Malaysia mesti faedah kepada negara. Itu perlu campur tangan pimpinan negara,” katanya.

Dalam rangka lawatan tersebut, beliau turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Antara perkara yang diketengahkan dalam pertemuan itu ialah pendirian Malaysia yang tegas berhubung konflik di Asia Barat dan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Macron (Presiden Perancis) mengeluarkan kenyataan dia (henti peperangan dan salur bantuan kemanusiaan segera).

“Tetapi kalau Meloni (Perdana Menteri Itali) dia setuju henti serangan, dia sebut serangan Israel dia sokong usaha damai, dia sokong prinsip dua negara iktiraf Palestin bebas, merdeka dan berdaulat.”

Mengulas penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak BRICS ke-17, Anwar menegaskan bahawa Malaysia kekal konsisten dalam memperjuangkan konsep multilateralisme.

“Semua menyatakan tidak setuju dengan langkah unilateral, sekatan termasuk tarif yang menekan sesiapa.

“China, India, Brazil, Afrika (Selatan) semua sebut walaupun tarif Trump,” katanya pada akhir lawatan ke Itali, Perancis dan Brazil yang bermula 1 Julai lalu.

Lawatan rasmi ini dilihat sebagai satu langkah strategik dalam mengukuhkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara utama dunia, selain menyuarakan pendirian tegas Malaysia dalam isu antarabangsa yang memberi kesan langsung kepada keamanan sejagat.

Related Posts

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali. Beliau yang juga Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global