Malaysia, Mesir setuju main peranan lebih proaktif henti keganasan

MALAYSIA dan Mesir bersetuju untuk berperanan lebih proaktif dan tegas dalam memastikan keganasan dihentikan, nyawa diselamatkan dan keadilan sejagat terus ditegakkan.

Pendirian itu dicapai dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya di Kaherah, hari ini.

Perdana Menteri melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden El-Sisi kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan (jam 5 petang waktu Malaysia).

Anwar berkata, beliau dan El-Sisi membincangkan situasi di Palestin yang mana Malaysia menyanjung usaha Mesir bersama Qatar dan Amerika Syarikat yang bertindak selaku perantara dalam menoktahkan penindasan oleh rejim zionis Israel.

Katanya, selain menyentuh situasi yang kian meruncing di Lubnan, yang berkemungkinan mengakibatkan konflik lebih meluas di Asia Barat, perbincangan turut menyentuh pelbagai perkara dalam usaha memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara.

“Pertemuan saya bersama Presiden El-Sisi menyentuh pelbagai perkara termasuk meningkatkan hubungan membabitkan kerjasama dalam bidang pelaburan dan perdagangan, minyak sawit, industri halal, pendidikan, pelancongan, kesihatan serta sumber asli dan tenaga boleh baharu.

“Selain itu kami juga turut menyentuh soal BRICS dengan Malaysia menghargai usaha Mesir dalam menyokong penyertaan negara sebagai rakan kerjasama,” katanya selepas kunjungan hormat selama kira-kira dua jam itu.

Perdana Menteri berkata, beliau dan El-Sisi berharap hubungan Malaysia dan Mesir perlu terus diperkuat demi manfaat rakyat kedua-dua negara selain hubungan diplomatik selama 65 tahun terus diperkukuhkan.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16