Belia Orang Asli kini boleh ikuti kursus TVET di PLPB

KUANTAN – Selepas kira-kira 10 tahun ditutup bagi memberi laluan kepada kerja naik taraf, Pusat Latihan Paya Bungor (PLPB), dekat sini, kembali memulakan operasi awal bulan ini.

Pusat berkenaan yang diwujudkan khas bagi menyediakan latihan dan kursus jangka pendek kepada belia Orang Asli, terutamanya dalam kursus jahitan.

PLPB dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) juga bakal menawarkan program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dengan kerjasama agensi berkaitan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jakoa, Datuk Sapiah Mohd Nor ketika sidang media selepas majlis penyerahan kunci PLPB, dekat Jalan Kuantan-Maran, hari ini.

Beliau berkata, pusat latihan itu menerima sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) pada 26 September lalu.

“Secara pentadbirannya, PLPB sudah memulakan operasi pada Jumaat lalu dan kita akan segerakan pengambilan pelajar bagi kursus jangka pendek dan jangka panjang tidak lama lagi,” katanya.

PLPB memulakan operasinya pada September 1969 dan kerja naik taraf pusat latihan itu dilakukan bagi memenuhi keperluan latihan dan kursus bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Kos bagi kerja naik taraf pusat latihan itu berjumlah kira-kira RM26 juta.

Selain menyediakan kelas yang selesa, PLPB juga memiliki dewan utama, masjid, kuarters tenaga pengajar dan kawasan riadah.

Pusat latihan berkenaan juga adalah pusat sehenti pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan lengkap kepada belia Orang Asli untuk mengikuti latihan dan kursus ditawarkan kepada mereka.

Sapiah turut memaklumkan pihak Jakoa akan menanggung sepenuhnya kos bagi setiap belia Orang Asli yang mengikuti latihan di PLPB.

Related Posts

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dengan segera bagi mengimbangi impak lonjakan harga diesel yang semakin memberi kesan rantaian pelbagai peringkat. Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis