Malaysia layak dapat Duta AS lebih berkaliber berbanding Adams – DAP

PUTRAJAYA – DAP berpendirian bahawa Malaysia berhak untuk menerima Duta Besar Amerika Syarikat (AS) baharu yang lebih baik dan berkelayakan berbanding Nick Adams.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Kasthuri Patto berkata, ia sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, serta status AS sebagai rakan strategik komprehensif kepada negara.

Beliau yang juga Setiausaha Hubungan Antarabangsa DAP berkata, Adams sebelum ini mencetuskan kontroversi khususnya di laman sosial media dalam beberapa perkara termasuk meremehkan golongan wanita serta pandangan ekstrem dan konservatif ke arah Islamophobia.

“Sedangkan, seorang duta seharusnya berperanan untuk membentuk dasar luar, memudahkan komunikasi, menghadiri mesyuarat dan program budaya, serta diberi maklumat terkini berhubung perkembangan di negara mereka bertugas serta di negara sendiri.

“Berapa banyak daripada kriteria ini yang dipenuhi oleh Nick Adams? Apakah pandangannya tentang dasar luar dan diplomasi?

“Apakah pendapatnya tentang multilateralism, hak asasi manusia, isu gender dan migran? Apakah pendiriannya tentang jenayah terhadap manusia, agama dan perpaduan sosial?” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Dalam pada itu, Kasthuri mempersoalkan sama ada Adams berkelayakan untuk menjadi jambatan antara Malaysia dan AS khususnya dalam situasi perang perdagangan, hak asasi manusia serta keamanan serta kestabilan global yang tidak menentu ketika ini.

“Ini kerana, Adams yang merupakan penyokong tegar Trump hanya menjadi warga AS kira-kira empat tahun lalu.

“Adakah Nick Adams akan menjalankan tugasnya dengan berani, tanpa takut atau pilih kasih sebagai Duta Amerika yang mewakili masyarakat berbilang budaya, berbilang kaum, dan beragama di AS?” katanya.

Tambah beliau, Malaysia dan AS telah mendapat pelbagai manfaat hasil hubungan baik selama ini sama ada dari sudut perdagangan; pertukaran budaya; pendidikan; penjagaan kesihatan; kecerdasan buatan; hak asasi manusia dan sebagainya.

“Sehubungan itu, Presiden AS, Donald Trump menghormati pandangan serta pendirian rakyat Malaysia yang dengan kuat menolak pelantikan Adams.

“Hubungan baik tersebut harus dipelihara bagi memastikan lebih banyak kerjasama dan dialog ke arah kebaikan kedua-dua negara dapat dicapai pada masa depan,” katanya.

Sebelum ini, Trump menerusi hantaran di platform Truth Social miliknya mengumumkan pencalonan Adams iaitu seorang pengulas politik konservatif kelahiran Australia yang kini merupakan warganegara AS sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia.

Bagaimanapun, ia mendapat bantahan banyak pihak di negara ini yang menggesa Malaysia menolak pencalonan Adams disebabkan pandangan kontroversi beliau dalam beberapa perkara yang tidak selari dengan pendirian negara.

Related Posts

Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar