Malaysia kekal pendirian perjuang isu Gaza, Palestin

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa pendirian Malaysia kekal konsisten mengenai isu Gaza dan Palestin sama seperti negara Islam yang lain.

Anwar menyatakan pendirian itu susulan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat kenyataan akan mengambil alih Semenanjung Gaza setelah rakyat Palestin dipindah keluar ke negara lain.

Anwar berkata, kerajaan masih meneliti kenyataan Trump sebelum mengeluarkan sebarang ulasan.

“(Mengenai) Gaza, pendirian Malaysia seperti mana-mana negara Islam lain.

“Kita sedang meneliti kenyataan (Trump) dulu dan yang lain kita akan ulas kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku ‘A Malik Bennabi Reader’ serta penubuhan Institut Antarabangsa Kajian Masa Depan di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC).

Terdahulu, Trump berikrar bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza selepas rakyat Palestin dipindahkan keluar ke negara lain – satu langkah yang bakal ‘menghancurkan’ dasar berdekad-dekad AS berhubung konflik Israel-Palestin.

Trump juga mendedahkan rancangannya yang sungguh mengejutkan itu, tanpa memberikan butiran terperinci, pada satu sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di Washington.

Pengumuman berkenaan menyusuli satu lagi cadangan ‘menggemparkan’ daripada Trump sebelum itu iaitu memindahkan rakyat Palestin keluar dari Gaza ke negara jiran secara kekal, sambil melabel Gaza sebagai ‘tapak perobohan.’

Trump sebelum ini mendesak supaya rakyat Palestin berpindah keluar dari Gaza ke negara Asia Barat seperti Mesir dan Jordan, meskipun rakyat Palestin serta kedua-dua negara itu menolak mentah-mentah gesaan berkenaan.

Related Posts

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

ROMPIN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menzahirkan keyakinan penuh rakyat negeri ini terus memberikan mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan negeri. Keyakinan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Oleh: Nazrul Hakimi, Fatin, Eveline B, Siti, Nana Mohamad, Ekin Rosli & Yaya Amir KERAJAAN MADANI memainkan peranan penting dalam melindungi rakyat susulan krisis bekalan global yang menjejaskan ekonomi akibat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia