Malaysia jadi tuan rumah ekspo kecantikan, dandanan terbesar Asia Tenggara

PETALING JAYA – Industri rambut dan kecantikan di Asia Tenggara bakal menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Barber Expo Asia, Salon Expo Asia dan Beauty Expo Asia 2025 digabungkan dalam satu acara mega.

Ia bakal berlangsung pada 6 hingga 8 September 2025 bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Dengan keluasan pameran luar biasa iaitu 91,000 kaki persegi, ekspo kali ini menjadikannya empat kali lebih besar berbanding edisi tahun lalu di Pavilion Bukit Jalil.

Pengarah Urusan Retrobee Global Sdn Bhd, Firdaus Aziz berkata, pihaknya merupakan penganjurnya.

“Apa yang menjadikan pameran ini begitu istimewa ialah penggabungan tiga acara Utama industri dalam satu lokasi, satu dewan dan satu matlamat. Gabungan ini menjadikan acara ini sebagai platform sehenti terbesar untuk pemain industri gunting rambut, salon dan kecantikan dari seluruh rantau Asia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ekspo itu dijangka dihadiri 10,000 higga 15,000 pengunjung dari lebih 15 negara dijangka hadir bersama lebih 200 jenama tempatan dan antarabangsa yang bakal mengambil bahagian.

“Ia bukan sekadar pameran produk dan perkhidmatan, ia adalah pentas untuk komuniti industri berkumpul, bertukar ilmu dan mencipta peluang baharu,” katanya.

Sepanjang tiga hari acara, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan Barberlympix Asia 2025, demo langsung oleh tokoh industri antarabangsa, bengkel hands-on, pertunjukan gaya rambut, sesi pendidikan dan persembahan pentas penuh gaya.

Forum Sphere juga akan menjadi tarikan utama — sebuah pentas khusus yang memfokuskan kepada perniagaan dan kerjaya yang menampilkan penceramah ternama dalam industri masing-masing.

Setiap aktiviti dirancang bukan sahaja untuk memberi hiburan, tetapi juga inspirasi dan ilmu kepada semua yang hadir, sama ada dari kalangan profesional mahu pun pencinta dunia grooming dan kecantikan, katanya.

Ekspo itu juga membawa misi untuk menaikkan lagi nama Malaysia sebagai pusat rujukan industri grooming dan kecantikan di rantau ini.

Pendaftaran booth kini telah dibuka dan ruang adalah terhad. Semua jenama yang ingin menembusi pasaran Asia dinasihatkan untuk menempah awal.

Bagi pengunjung dan peminat industri, maklumat lanjut dan pengumuman tiket akan dikemas kini melalui laman web rasmi di www.barbersalonexpo.asia dan www.beautyexpoasia.com.

Related Posts

‎ ‎SOGSC sasar penguasaan 60 peratus kontrak OGSE Sabah, tolak amalan ‘Ali Baba’

KOTA KINABALU – Sabah Oil & Gas Services Council (SOGSC) meletakkan sasaran tinggi untuk memastikan syarikat tempatan menguasai sekurang-kurangnya 60 peratus penganugerahan kontrak dalam sektor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia berjaya stabilkan harga RON95 ketika krisis Timur Tengah – Pakar ekonomi

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya menstabilkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter walaupun konflik di Timur Tengah terus memberi tekanan kepada pasaran minyak mentah dunia. Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan