Malaysia diiktiraf rakan BRICS mampu perkasa perdagangan, perluas pengaruh global

PUTRAJAYA – Pengiktirafan Malaysia sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS membuka ruang perdagangan yang luas dalam kalangan negara kelompok pakatan berkenaan.

Pensyarah perakaunan dan kewangan di Fakulti Perniagaan dan Undang-Undang Taylor’s University, Dr Uma Murthy berkata, ia membolehkan Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada beberapa rakan dagang dengan mempelbagaikan kerjasama ekonomi melangkaui pasaran ‘Barat Tradisional’.

Menurutnya, penyertaan sebagai negara rakan dalam pakatan BRICS turut memberi kelebihan kepada Malaysia dalam memperkukuh hubungan ekonomi bersama rakan dagang utama sedia ada, seperti China dan India.

“Pengiktirafan itu sekaligus membuka laluan ke pasaran yang lebih besar. Sebagai contoh, menyertai BRICS mampu membawa lebih banyak eksport Malaysia ke Brazil dan India, di mana kita dapat meningkatkan produk di sektor seperti minyak sawit, getah dan elektronik.

“Selain itu, Malaysia yang menjadi sebahagian daripada BRICS akan dapat sokongan yang lebih padu dalam tadbir urus, khususnya pada sektor ekonomi global,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Uma berkata, BRICS juga sering dilihat sebagai pengimbang balas kepada penguasaan global Amerika Syarikat (AS) dan kalangan negara Eropah, yang mewakili dunia multipolar yang sedang pesat membangun.

Justeru, dengan penjajaran itu, katanya, Malaysia akan bersama-sama negara yang memperjuangkan satu order global lebih adil, berkemungkinan lebih bermanfaat ketika merundingkan perjanjian antarabangsa atau menangani cabaran global.

“Ia dilihat memberi lebih autonomi kepada Malaysia untuk dasar luar negara, selain membolehkannya menghadapi di kalangan kuasa global yabg bersaing, dengan lebih berkesan dan holistik.

“Malaysia juga boleh memanfaatkan inisiatif BRICS seperti pangaturan rizab luar jangka, yang bertujuan menyediakan sokongan mudah tunai kepada negara anggota semasa krisis kewangan sehingga mampu menjadi jaringan keselamatan kewangan tambahan untuk Malaysia, selain meningkatkan daya tahan ekonomi.

“Negara juga boleh mendapat kebaikan daripada pemindahan teknologi, kerjasama penyelidikan, berkongsi kepakaran khususnya sektor baharu yang akan dapat meningkatkan keupayaan teknologi Malaysia dan membantu merangsang ekonomi berasaskan pengetahuan,” katanya.

Menurut kemas kini dari @BRICSInfo di platform media sosial X, blok itu secara rasmi menambah 13 negara baharu ke dalam perikatan sebagai negara rakan kongsi, walaupun belum sebagai ahli penuh.

Selain Malaysia, 12 negara lain yang turut disertakan ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Russia kini mempengerusikan blok berkenaan, yang turut dianggotai oleh Brazil, India, China dan Afrika Selatan.

Sementara itu, penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham berkata, penjajaran Malaysia bersama BRICS memberikan peluang besar kepada Malaysia dari segi ekonomi dan diplomatik, selain mampu menarik lebih banyak pelaburan asing langsung (FDI) dalam sektor infrastruktur dan teknologi serta mempercepatkan pembangunan negara.

Namun, katanya, penyertaan Malaysia membawa beberapa risiko geopolitik, terutama jika Donald Trump kembali menjadi presiden AS susulan pemimpin itu, sepanjang penggal pertamanya, terkenal dengan dasar luar yang cenderung ‘protectionist’ dan ‘confrontative’ terhadap China serta Rusia, yang menjadi dua negara utama dalam BRICS.

“Apapun, impak sebenar sekatan dari AS bergantung pada sejauh mana Malaysia menyelaraskan dasar ekonominya dengan BRICS. Jika negara mengimbangi hubungannya dengan AS dan BRICS secara berhati-hati, ia mungkin dapat mengurangkan risiko sekatan.

“Pada masa sama, kita dapat mengekalkan hubungan yang baik dengan kedua-dua pihak. Diplomasi yang bijak dalam menguruskan hubungan dengan AS dan BRICS akan menjadi kunci untuk mengelakkan konfrontasi politik yang boleh merosakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik