Malaysia-China komited pastikan sekuriti makanan kedua-dua negara – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited memainkan peranan sebagai fasilitator dalam aktiviti ekonomi antara Malaysia dan China supaya ia terus berkembang terutama dalam bidang pertanian demi menjamin sekuriti makanan kedua-dua negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu buat pertama kalinya juga berkongsi tentang penganjuran Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 di mana MAHA buat pertama kalinya ke peringkat antarabangsa.

“Malam ini tadi, saya dijemput ke Global Valley, Pastoral City: International Business Promotion Conference yang diadakan di Malaysia Exhibition Convention Centre, Matrade, Kuala Lumpur.

“Sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, saya akan pastikan Kementerian terus memainkan peranan sebagai fasilitator dalam aktiviti ekonomi antara Malaysia dan China supaya ianya terus berkembang terutama dalam bidang pertanian demi menjamin sekuriti makanan kedua-dua negara.

“Saya turut berkongsi tentang penganjuran MAHA 2024 di mana MAHA buat pertama kalinya ke peringkat antarabangsa. KPKM telah menjemput semua rakan kongsi di peringkat antarabangsa termasuk sektor swasta, untuk menyertai himpunan dan pameran penting ini di bawah “MAHA Go Global” (MGG),” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Menurut Mohamad, MAHA Go Global berfungsi sebagai pemangkin pertumbuhan perniagaan dalam sektor pertanian dan hortikultur, merangsang eksport, dan memupuk inovasi.

Jelas beliau lagi, istilah “Go” dalam MGG merangkumi aspirasi KPKM untuk memartabatkan MAHA ke tahap baharu dengan meneroka peluang dan memupuk kerjasama pada skala antarabangsa.

“KPKM menjangkakan sebanyak 464 mesyuarat perniagaan akan berlangsung melibatkan 150 pempamer antarabangsa dari 15 negara yang boleh menjana sehingga RM167 juta jualan dan RM6 bilion potensi pelaburan.

“Saya turut menjemput semua yang hadir pada majlis malam ini ke MAHA 2024 yang akan bermula 11 September hingga 22 September 2024 di MAEPS, Serdang,” ujar beliau.

Related Posts

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

KONSENSUS MADANI bukan sekadar konsep politik semasa, sebaliknya merupakan satu agenda besar untuk membangunkan Malaysia yang lebih adil dan inklusif, demikian tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta menghentikan segera sebarang polemik atau percubaan untuk mempolitikkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara

Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing

Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing