Kastam Zon Sabah rampas minuman keras lebih RM75,000

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah menahan kontena minuman keras benilai lebih RM75,000 yang cuba diseludup masuk melalui Pelabuhan Sepanggar, di sini pada Rabu lepas.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebok JKDM Zon Sabah, jumlah keseluruhan rampasan itu, sebanyak 19,800 liter minuman keras jenis bir pelbagai jenama dengan anggaran nilai harga RM75,042 dengan jumlah nilai duti dan cukai sebanyak RM360,979.

“Dalam kejadian pada 4 September lalu, lebih kurang pukul 11.30 pagi, tindakan berdasarkan hasil penilaian risiko dan imej imbasan mesin pengimbas, pasukan serbuan yang terdiri daripada anggota di bawah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Kota Kinabalu telah membuat penahanan terhadap sebuah kontena disyaki berisi minuman keras yang cuba diseludup masuk ke dalam negara ini melalui Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Modus operandi bagi kes ini adalah membuat pengikraran palsu. Antara barang-barang yang diikrar adalah seperti Clothes, Troser, Furnitures, Shoes, Solar Lamp dan Steel bagi tujuan penyeludupan dan sekali gus mengaburi mata pihak berkuasa,” jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO