Maklumat terkini secara telus akan terus disampaikan kerajaan

PUTRAJAYA – Kerajaan komited dalam terus menyalurkan maklumat terkini secara berkala dan telus berhubung situasi semasa krisis bekalan dan harga tenaga global.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu dilaksana bagi memastikan rakyat mendapat gambaran sebenar tanpa menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu.

“Rakyat berhak mengetahui langkah sedang diambil, termasuk usaha memastikan bekalan terjamin di seluruh negara.

“Kerajaan akan terus berkomunikasi dengan jelas tanpa menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu, selain bekerjasama rapat dengan industri.

“Pada masa sama, kita akan membendung tekanan kenaikan harga sedaya upaya,” katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global, pada Khamis.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, perkara itu selaras dengan mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang menggesa semua pihak supaya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat, khususnya ketika negara berdepan cabaran global.

“Kejayaan negara dalam mengharungi krisis ini juga bergantung kepada peranan semua pihak.

“Saya menyeru kepada rakyat dan komuniti perniagaan untuk bersama kerajaan dalam menggunakan tenaga secara berhemat, mengelakkan pembaziran dan memastikan setiap penggunaan adalah perlu dan efisien.

“Dalam menghadapi cabaran global seperti ini, kekuatan kita terletak pada disiplin, kerjasama dan keyakinan bersama. Dengan usaha bersama, insya-Allah Malaysia akan kekal stabil dan berdaya tahan,” katanya.

Related Posts

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa semua pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk 10 rakyat negara ini yang kini ditahan tentera Israel.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong