Majlis ramah-tamah Aidilfitri kukuhkan ukhuwah keluarga Haji Johari

KUCHING – Semangat kekeluargaan terus diperkukuh apabila lebih 80 ahli keluarga daripada 16 keluarga besar Haji Johari menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Keluarga Haji Johari yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Haji Baki pada Sabtu.

Majlis yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu merupakan inisiatif pesara pendidikan, Ustaz Noreffendi Da’an, 59, yang merupakan generasi ketiga keluarga Haji Johari.

Menurut Noreffendi, ilham untuk menganjurkan majlis tersebut timbul selepas beliau menyedari hubungan kekeluargaan kian renggang berikutan faktor kediaman yang semakin berjauhan.

“Saya lihat orang tua dalam keluarga semakin ramai meninggalkan kita. Dahulu, kami tinggal berdekatan, kini masing-masing mencari rezeki jauh dari kampung asal. Oleh itu, saya rasa perlu ada usaha untuk mempertemukan semula keluarga,” katanya.

Katanya, sambutan Aidilfitri dipilih sebagai platform terbaik memandangkan budaya ramah tamah sememangnya menjadi kelaziman di Sarawak.

Beliau menjelaskan, rumpun keluarga Haji Johari berasal dari Kampung Tupong Batu, Petra Jaya, dan hubungan kekeluargaan tersebut bermula daripada Haji Johari sendiri sebagai generasi pertama.

“Bapa saya merupakan anak ketujuh Haji Johari. Kini hanya tinggal dua daripada anak-anak Haji Johari yang masih hidup. Generasi ketiga dan seterusnya pula ramai yang berada di serata tempat,” ujarnya.

Noreffendi berkata, sebelum ini hanya majlis tahlil diadakan namun sambutannya tidak seramai majlis kali ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan pemilihan Dewan Komuniti Kampung Haji Baki dibuat berdasarkan kemudahan pengurusan selain faktor keluarga yang menetap berhampiran.

“Saya tinggal di Jalan Datuk Muhammad Musa, Batu 8. Dewan ini lebih mudah diurus kerana ipar saya juga merupakan AJK kampung,” katanya.

Bagi menjayakan majlis berkenaan, beliau menetapkan yuran penyertaan pada kadar rendah dan menggalakkan setiap keluarga membawa juadah masing-masing bagi mengelakkan bebanan kewangan.

Menyentuh mengenai warisan keluarga, Noreffendi berkongsi pesanan Haji Johari yang juga seorang guru mengaji, agar hubungan kekeluargaan sentiasa dipelihara meskipun berlaku perselisihan sesama orang tua.

“Pesan arwah, walau sejauh mana kita berada, apabila tiba masa belajar mengaji, mesti pulang. Jika ada salah faham dalam kalangan orang tua, anak-anak jangan ikut campur dan kekalkan kemesraan,” katanya.

Tambah beliau, program seperti ini penting untuk memastikan generasi muda mengenali akar keturunan mereka dan terus mengekalkan jalinan ukhuwah.

“Saya berharap selepas ini program ini dapat diteruskan. Usaha ini bukan sahaja mempererat hubungan, malah memperkukuhkan warisan keluarga Haji Johari,” katanya.

Sebagai pencetus idea majlis ini, Noreffendi turut menzahirkan rasa syukur apabila melihat hubungan kekeluargaan kembali terjalin, termasuk dalam kalangan anak-anak yang sebelum ini tidak menyedari pertalian darah mereka.

“Subhanallah, ada antara anak saya dan anak sepupu yang merupakan kawan baik, tetapi tidak sedar mereka sebenarnya bersaudara,” katanya mengakhiri temu bual dengan wartawan The Malaysia Press. 

Ustaz Noreffendi Da’an

Related Posts

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

MEMBAWA haiwan peliharaan pulang ke kampung kini menjadi pilihan sebahagian pemilik, namun pengalaman tersebut bukan sekadar comel, malah penuh dengan cabaran yang memerlukan persediaan rapi. Seorang penternak kambing, Syafiqah Aliaa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Umai warisan Melanau terus jadi buruan, tarikan utama ke Mukah

MUKAH – Makanan tradisi masyarakat Melanau, umai kekal menjadi buruan pengunjung sekali gus mengukuhkan reputasi daerah ini sebagai destinasi pelancongan pilihan, terutamanya menjelang Pesta Kaul Mukah. Terletak di pesisir Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah