Majlis Media Malaysia dilancarkan menjelang HAWANA 2025 – Fahmi

PUTRAJAYA – Usaha penubuhan rasmi Majlis Media Malaysia (MMM) sedang rancak dijalankan dan dijangka akan diumumkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 pada 14 Jun ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, proses penubuhan akan dimulakan sebaik sahaja Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Februari dan di Dewan Negara pada 19 Mac, mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan diwartakan secara rasmi.

“Kita jangka proses rasmi penubuhan Majlis Media Malaysia dapat dimulakan dalam beberapa minggu lagi, selepas mendapat perkenan dan pewartaan.

“Proses ini mengambil sedikit masa kerana turut melibatkan aspek pentadbiran dan keperluan kewangan, termasuk menunggu kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Insya-Allah, menjelang HAWANA kita akan ada berita baik mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Sebelum ini, Fahmi memaklumkan bahawa MMM dijangka akan mula berfungsi sekitar pertengahan tahun ini, selepas kelulusan Parlimen diperoleh.

MMM akan bertindak sebagai badan kawal selia kendiri (self-regulatory body) yang berperanan melindungi kebebasan media, memastikan pematuhan terhadap etika kewartawanan serta memperkasakan industri media tanah air.

Dalam ucapannya sebelum itu, Fahmi menegaskan bahawa HAWANA 2025 bukan sekadar sambutan, tetapi turut menjadi platform untuk mengukuhkan ekosistem media negara dan menghargai sumbangan wartawan.

“Ia juga untuk memperkukuh nilai profesionalisme dan kebebasan bersuara yang bertanggungjawab dalam kalangan pengamal media dan sebagai pembuka tirai, Pra-Pelancaran HAWANA akan diadakan pada 3 Jun ini di Wisma Bernama,” katanya.

Majlis kemuncak sambutan HAWANA 2025 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Acara tersebut dijangka menghimpunkan kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.

HAWANA 2025, yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana, bakal menampilkan pelbagai pengisian menarik.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA