
KOTA KINABALU – Majlis Istiadat perasmian penggal kelima tahun 2025 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Musa Aman di sini, pada pagi Khamis, berjalan lancar.
Istiadat dimulakan dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman bersama isteri Toh Puan Faridah Tussin.
Keberangkatan tiba Tun Musa disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan isteri Datin Seri Norani Salleh.

Seterusnya, Tun Musa menerima tabik hormat dan memeriksa Barisan Kehormat Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah sebelum masuk ke Dewan Persidangan.
Persidangan DUN kali ini berlangsung selama empat hari bermula 14 sehingga 17 April 2025.







