Mahkamah Tinggi ketepi keputusan Hakim Koroner, semua perlu mohon semula status pihak berkepentingan

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan keputusan Hakim Koroner terdahulu yang membenarkan peguam mewakili lima tertuduh kanak-kanak hadir sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Peguam mewakili ibu Allahyarhamah, Rizwandean M. Borhan berkata, keputusan itu dibuat selepas mendengar hujahan daripada Sabah Law Society (SLS) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Mahkamah Tinggi telah mengenepikan perintah untuk membenarkan peguam bagi tertuduh kanak-kanak hadir sebagai orang berkepentingan dalam prosiding inkues.

“Namun, hakim membenarkan mereka memohon semula di hadapan Hakim Koroner yang baharu,” katanya ketika ditemui selepas prosiding permohonan semakan terhadap keputusan Koroner, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Hakim Koroner lama pada 28 Ogos lalu turut terbatal dan termasuk perintah yang membenarkan peguam lima kanak-kanak terbabit menjadi pihak berkepentingan.

“Kami pun akan memohon juga semula sebagai orang berkepentingan. Jikalau dilihat pada prosiding yang dahulu permohonan kami tidak dibantah oleh Jabatan Peguam Negara.

“Tetapi tertakluk kepada beberapa syarat daripada segi soalan kepada saksi, akses kepada dokumen ada beberapa syarat tapi kami juga menjangkakan bahawa Jabatan Peguam Negara tidak akan membantah permohonan kami untuk menjadi orang berkepentingan esok di prosiding inkues,” katanya.

Menurut Rizwandean, pihak pembelaan bagi tertuduh kanak-kanak dijangka akan memohon semula untuk status sama pada prosiding esok.

“Jika mereka berbuat demikian, kami akan membantah seperti sebelum ini,” tegasnya.

Tambah beliau, prosiding inkues dijadualkan tetap berjalan esok di Mahkamah Koroner, namun segala keputusan bergantung kepada hakim yang baharu.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan