Lori rempuh treler, dua maut di Lebuhraya WCE

SITIAWAN – Rempuhan sebuah lori lima tan yang membawa muatan pejabat di bahagian belakang sebuah treler mengakibatkan dua maut di kilometer (km) 202 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) hala selatan dekat sini awal pagi Isnin.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, mangsa maut dikenali sebagai Razali Sahad, 48, dan Muhammad Alizzat Narayi, 28.

Kedua-dua mangsa yang merupakan pemandu dan penumpang lori itu tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan dan treler. Terdapat dua mangsa dan lori tersebut yang tersepit maut dan disahkan maut oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelasnya.

Tambah Sabarodzi, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.33 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan sampai di lokasi 3.42 pagi.

Tambahnya, ketua operasi kemudian mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Setelah itu,mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Operasi berkenaan tamat sepenuhnya jam 6.05 pagi.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang