GISBH: Takiyuddin nak ajar polis?

KENYATAAN media seorang daripada pemimpin besar Pas – Takiyuddin Hassan, yang menggesa siasatan ke atas GISBH tidak dilakukan berlebih-lebihan sangat mengecewakan.

Adakah Takiyuddin mahu mengajar pihak berkuasa dalam kes ini?

Jika diperhalus, itu satu bentuk campur tangan ke atas kerja pihak berkuasa – Polis Diraja Malaysia.

Itu juga suatu gambaran bahawa Pas suka campur tangan dan menentukan yang itu berlebihan, yang ini okey, yang sana belum memadai.

Itu dilakukan Takiyuddin dalam keadaan dia bukan menteri – sudah nampak unsur yang tidak bagus.

Kalaulah sekarang dia jadi menteri, entah apa jadi kes ini; mungkin dibiarkan begitu saja sungguhpun ada laporan polis dibuat ke atas GISBH.

Apa kayu ukur Takiyuddin sehingga dengan yakinnya dia menyimpulkan siasatan polis ke atas GISBH sekarang berlebih-lebihan (keterlaluan)?

Apa yang keterlaluannya?

Tidak adapun unsur keterlaluan dalam usaha pihak polis itu bahkan semuanya teratur mengikut standard operasi.

Penafian ke atas ‘tuduhan’ Takiyuddin itu telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) – Tan Sri Razarudin Husain.

Tidak malukah Takiyuddin apabila KPN membuat penafian itu?

Takiyuddin, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pun tak campur tangan, kamu pula yang bising; meroyan tak tentu pasal.

Apabila kedua-dua pemimpin itu memberi kepercayaan penuh kepada pihak polis menyelesaikan kes tersebut, kamu seharusnya tidak bersikap lebih sudu daripada kuah.

Tolong berlaku adil kepada pihak yang menjadi mangsa dalam kes GISBH terutama kanak-kanak yang didera.

Adakah kamu ketiadaan perasaan itu atau ada sesuatu yang menakutkan kamu apabila polis menggempur GISBH?

Ada apa-apakah sebenarnya sehingga kamu terdorong membuat kenyataan itu, ya?

Jangan main-main, Takiyuddin!

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti