Lontaran sejauh 21.09 meter, Jamal Nasir cipta rekod baru Para Sukma

KUCHING – Meskipun berdepan masalah kesihatan, atlet olahraga Para Sarawak, Jamal Nasir Zulkiplis, tidak mahu patah semangat untuk menyumbang pingat emas kepada Sarawak.

Dia berjaya membuktikan kemampuan luar biasanya dengan merangkul emas dalam acara rejam lembing F55 dan memecahkan rekod kejohanan.

Dengan lontaran sejauh 21.09 meter, Jamal Nasir Zulkiplis berjaya memecahkan rekod atlet Melaka, Mohd Shaari Mohd Jaafar yang sebelum ini mencatatkan rejaman sejauh 20.97 meter.

Pingat perak dimenangi oleh atlet Selangor, Muhammad Amirul Abdul Raof, dengan jarak lontaran 19.33 meter, manakala pingat gangsa diraih oleh atlet Sabah, Samri Butak, dengan lontaran sejauh 19.04 meter.

Majlis penyampaian pingat disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Muhammad Razi Sitam, bersama-sama Datuk Rosey Yunus, di Stadium Sarawak Petra Jaya pada Rabu.

“Saya berasa bersyukur dan gembira kerana usaha latihan selama empat tahun akhirnya membuahkan hasil dengan kemenangan ini,” kata Jamal ketika ditemui oleh wartawan hari ini.

Dia juga berkongsi rancangan utamanya adalah berlatih dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan untuk Sarawak.

“Selain kejayaan dalam acara rejam lembing dan pingat gangsa dalam lontar peluru, saya kini berazam menghadiahkan pingat emas dalam acara melempar cakera yang akan berlangsung keesokan hari,” katanya.

Related Posts

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

SIBU – Penganjuran Sibu International Powerboat Race (SIPR) kini diletakkan sebagai agenda utama dalam usaha memartabatkan bandar ini sebagai destinasi pelancongan sukan air bertaraf antarabangsa. Langkah itu selari dengan potensi besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

CHELSEA melangkah ke final Piala FA selepas menewaskan Leeds United 1-0 dalam aksi separuh akhir di Wembley. Jaringan tunggal perlawanan disempurnakan pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez pada minit ke-23 selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah