Lombong haram Bitcoin diserbu polis, libatkan kerugian TNB RM1.3 juta

KANGAR – Taktik licik sindiket perlombongan haram mata wang kripto Bitcoin yang berselindung di sebalik premis tanpa papan tanda gagal mengaburi pihak berkuasa selepas diserbu polis baru-baru ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan pada pukul 5 petang, 18 Januari lalu berjaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan mencuri elektrik bagi tujuan perlombongan Bitcoin.

“Serbuan dilakukan di sebuah rumah kedai di Kuala Perlis selepas risikan mendapati premis itu melakukan penyambungan elektrik secara haram dan mencatatkan penggunaan tenaga yang luar biasa.

“Pemeriksaan lanjut mengesahkan penyambungan haram tersebut menyebabkan kerugian lebih RM1.3 juta kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), dianggarkan sekitar RM100,000 sebulan,” katanya ketika sidang akhbar di Balai Polis Simpang Empat di sini hari ini.

Menurut Muhammad, operasi khas itu dijalankan oleh pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar dengan kerjasama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.

“Polis turut merampas 42 set mesin perlombongan Bitcoin bernilai RM126,000, selain pelbagai peralatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan kamera litar tertutup.

“Premis tersebut dipercayai beroperasi sejak tahun lalu dengan menggunakan bekalan elektrik secara haram bagi mengurangkan kos operasi,” ujarnya.

Tambahnya, suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Muhammad turut menyeru orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang melibatkan penyambungan elektrik tidak sah bagi mengelakkan lebih banyak kerugian.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

Related Posts

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli BACHOK – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyantuni warga Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kampung Kolam, Pak Badol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

KOTA KINABALU – Program Jom Masuk Universiti peringkat Zon Pantai Barat Sabah menjadi platform penting kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi