SARIKEI – Operasi pam air mentah di Loji Rawatan Air Bayong kini telah berjalan seperti biasa setelah paras air sungai menurun pada pagi tadi.
Bekalan air ke beberapa kawasan terjejas kembali pulih seperti biasa secara berperingkat terutama bagi kawasan yang berada pada kedudukan ‘end-point’ atau kawasan berbukit.
Susulan hujan lebat berlarutan sejak semalam, operasi pam air mentah di Loji Rawatan Air Bayong terpaksa diberhentikan akibat daripada paras air sungai yang meningkat melebihi paras kritikal.
Justeru, kebanyakan kawasan di Bahagian Sarikei akan mengalami gangguan bekalan air ekoran daripada keadaan semasa ini.
Perincian kawasan yang terlibat boleh dirujuk padannotis gangguan bekalan air yang telah dikeluarkan oleh pihak JBALB Bahagian Sarikei Rakan JBALB Bahagian Sarikei.
JBALB Bahagian Sarikei juga menyeru kepada orang ramai untuk sentiasa bersedia untuk menyimpan air sendiri untuk kecemasan.
Segala perkembangan terkini akan dikemas kini melalui laman Facebook Rasmi JBALB Sarawak dan Facebook Rakan JBALB Bahagian Sarikei.







