LKAN dedah golongan tidak layak ‘kebas’ minyak masak subsidi

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan penjualan minyak masak bersubsidi kepada golongan tidak layak oleh syarikat pembungkus, pemborong dan peruncit dikesan telah menjejaskan bekalan minyak masak bersubsidi untuk keperluan isi rumah di negara ini.

Berdasarkan laporan tersebut yang dikeluarkan pada Isnin, penemuan terbabit dikesan hasil lawatan fizikal audit terhadap beberapa syarikat peruncit yang mendapati berlaku lebihan jualan kepada pelanggan tertentu.

“Peruncit 1022272-X sudah menjual sebanyak 170 paket minyak masak bersubsidi berjumlah RM425 kepada satu syarikat penyedia makanan dengan mengeluarkan 60 resit pembelian.

“Dua transaksi jualan minyak masak bersubsidi melebihi had di Kedai Runcit TR0005815-V yang berlokasi di Kuala Terengganu sebanyak 23 kilogram (kg) berjumlah RM57.50,” menurut laporan itu.

Mengulas lanjut, laporan LKAN memaklumkan, lawatan audit ke sebuah premis peruncit di Kelantan yang dimiliki oleh Syarikat KT0252216-W pada 23 Julai tahun lalu juga mendapati syarikat itu beroperasi sebagai kedai makan dan menyimpan sebanyak 204 kg atau 12 kotak minyak masak bersubsidi di premis itu.

Katanya, hasil siasatan juga mendapati syarikat terbabit didapati membeli sebanyak 11,390 kg minyak masak bersubsidi daripada lima syarikat pembungkus pada tahun 2024.

“Buku stok sebuah syarikat pemborong berlokasi di Kuala Terengganu bagi Januari 2023 hingga Jun tahun lalu turut menunjukkan berlaku penjualan minyak masak bersubsidi kepada penyedia makanan.

“Semakan lanjut terhadap buku stok pemborong berkenaan bagi tempoh 2023 dan tahun lalu mendapati 189 transaksi jualan minyak masak bersubsidi sebanyak 31,059 kg berjumlah RM77,647.50 tidak mempunyai perincian nama pembeli tetapi butiran jualan dicatatkan sebagai ‘cash sale’,” katanya.

Sementara itu, LKAN turut mendedahkan purata pengeluaran minyak masak bersubsidi bagi tempoh 2019 hingga 2024 hanya mencapai 82.6 peratus daripada kuota siling bekalan yang ditetapkan.

“Subsidi minyak masak dikategorikan sebagai subsidi pukal yang diberikan kepada golongan sasar, namun golongan tidak layak termasuk bukan warganegara turut menikmati subsidi ini apabila mereka membeli barangan itu. Semakan audit mendapati dasar sedia ada tidak menetapkan syarat kelayakan terhadap pembelian minyak masak bersubsidi,” katanya.

Laporan itu menyebut, prosedur operasi standard (SOP) Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2023 menjelaskan anggaran keperluan terkini penggunaan minyak masak rakyat Malaysia adalah 1.5 kg sebulan bagi seorang penduduk.

Jelasnya, semakan audit mendapati, tiada justifikasi yang jelas berkenaan asas penetapan 60,000 metrik tan minyak masak sebulan bagi penduduk di Malaysia di samping eperluan penggunaan minyak masak sebanyak 1.5 kg sebulan bagi setiap penduduk juga tidak disokong dengan kajian keperluan sebenar.

“LKAN berpendapat penetapan kuota 60,000 metrik tan sebulan bagi pengeluaran minyak masak bersubsidi tidak disokong oleh kajian komprehensif mengenai keperluan sebenar penggunaan minyak masak berdasarkan corak penggunaan domestik yang terkini.

“Selain itu, ketiadaan peraturan yang jelas berhubung kriteria golongan yang layak membeli minyak masak bersubsidi sudah menyebabkan warga asing turut menikmati subsidi itu memandangkan tiada tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil akibat ketiadaan peraturan yang khusus,” katanya.

Justeru, LKAN berpendapat pemantauan berterusan terhadap pemegang kuota perlu dilaksanakan bagi memastikan pengeluaran bekalan minyak masak bersubsidi mengikut kuota yang diluluskan dan tindakan tegas perlu diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Kajian semula terhadap syarat kelayakan pemegang kuota serta penilaian prestasi secara berterusan juga perlu dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan bekalan minyak bersubsidi di pasaran,” katanya.

Related Posts

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia. Perkembangan itu dimaklumkan SPR menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini. . “Salam takziah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global