Lima cedera bas ekspres terbabas

PUTRAJAYA – Seramai lima individu mengalami kecederaan selepas bas ekspres dinaiki terbabas dan masuk parit di Kilometer 91.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Yong Peng dekat sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Muhammad Farhan Ahmad berkata, kemalangan tersebut berlaku pada jam 3.56 pagi.

Katanya, seramai 14 anggota dari BBP Yong Peng dan BBP Ayer Hitam dibantu dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikejarkan ke lokasi nahas.

“Setibanya di tempat kejadian, kami mendapati pintu bas rosak dan penumpang tidak dapat keluar.

“Kami segera menggunakan peralatan khas untuk memotong kaca dan mengeluarkan kesemua 11 penumpang melalui cermin hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lima cedera terdiri daripada pemandu bas dan empat penumpang.

“Pemandu bas bersama seorang penumpang diberi rawatan segera oleh petugas perubatan yang hadir.

“Operasi tamat pada jam 5.18 pagi,” ujarnya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis