Libat urus babit negara ASEAN perlu untuk keamanan Myanmar

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN harus bekerjasama dengan Myanmar melaksanakan usaha kemanusiaan susulan kejadian gempa bumi dahsyat melanda negara itu, baru-baru ini.

Perdana Menteri menjelaskan, beberapa kebimbangan berlarutan di negara berkenaan juga perlu ditangani dalam mematuhi parameter luas konsensus lima perkara.

Anwar bagaimanapun bersyukur kerana kebanyakan negara ASEAN – dengan Malaysia sebagai pengerusi perkumpulan itu – telah bersama-sama menawarkan bantuan kepada Myanmar selepas dilanda gempa bumi yang merekodkan lebih 3,500 kematian.

“Kita telah mengadakan perbincangan secara langsung dengan Jeneral Kanan (Min Aung Hlaing) untuk berbincang mengenai usaha-usaha kemanusiaan.

“Saya juga telah memaklumkan kepada semua rakan setugas di ASEAN, bahawa kita harus menggunakan kesempatan ini untuk bekerjasama, sekurang-kurangnya bermula menerusi penglibatan kemanusiaan, dengan kedua-dua pihak bersetuju mengenai beberapa kebimbangan yang telah kita sampaikan berdasarkan kepada parameter luas konsensus lima perkara,” katanya semasa menyampaikan ucapan penutup Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 di Putrajaya, semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan membangkitkan isu sama dalam perbualan telefonnya dengan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh sebelum ini.

“Selain itu kami melihat keadaan di Myanmar dan bersetuju bahawa ASEAN perlu bercakap serta berunding dengan semua pihak berkepentingan bagi mencapai penyelesaian inklusif dan aman,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan ini adalah kritikal dalam memastikan sebarang tindakan diambil selari dengan prinsip kemanusiaan dan matlamat kestabilan serantau lebih besar.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

RM6.4 juta diperuntuk jayakan kempen kesedaran alam sekitar I-Hijaui

RM6.4 juta diperuntuk  jayakan kempen kesedaran alam sekitar  I-Hijaui

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Pas mula masuk FELDA, cipta persepsi konon dapat sokongan peneroka

Pas mula masuk FELDA, cipta persepsi konon dapat sokongan peneroka

Industri padi negara perlukan reformasi menyeluruh, bukan sekadar retorik politik

Industri padi negara perlukan reformasi menyeluruh, bukan sekadar retorik politik

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak