Jangan sebar, buat hantaran jelik ketika PRK Ayer Kuning

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai, terutama pempengaruh, supaya tidak membuat hantaran bersifat jelik, melampau, fitnah dan berita palsu yang boleh dikenakan tindakan.

Peringatan itu diberikan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning pada 26 April, dengan hari penamaan calon ditetapkan esok.

“Pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa 11 Februari lalu membolehkan pelaku didenda hingga RM500,000 jika sabit kesalahan,” katanya selepas Program Mini Akademi Asas Penerangan (ASAS) dan Sembang Santai YB Menteri Komunikasi Bersama Komuniti MADANI Ayer Kuning, di Tapah, Perak, semalam.

Fahmi memberikan contoh tindakan terhadap seorang pempengaruh menularkan video mendakwa lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa lain oleh murid sekolah di Perak.

“Pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melakukan siasatan.

“Saya dimaklumkan bahawa pempengaruh itu telah ditahan untuk siasatan lanjut oleh pihak polis. Jadi, saya hendak menyampaikan peringatan ini,” katanya lagi seperti dilapor Bernama.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan seorang pempengaruh politik berkait dakwaan pelajar sekolah di Perak menyanyi lagu Negaraku dalam bahasa Cina.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan

Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

RM6.4 juta diperuntuk jayakan kempen kesedaran alam sekitar I-Hijaui

RM6.4 juta diperuntuk  jayakan kempen kesedaran alam sekitar  I-Hijaui

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi