Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia selepas hilang semasa menangkap ikan

SEMPORNA – Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia selepas dikhuatiri hilang ketika sedang menangkap ikan di sungai di Ladang Pinang, di sini pada Isnin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Asmarie Noordanig berkata, mayat mangsa berusia 60 tahun dan bukan warganegara Malaysia berjaya dijumpai oleh orang kampung pada pukul 1.30 tengah hari dalam jarak satu kilometer (km) dari lokasi bot mangsa dijumpai.

“Pihak bomba segera bertindak mengambil mayat mangsa yang ditemui dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kemudian mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Sebelum itu, BBP Semporna menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.27 pagi berkenaan orang dikhuatiri hilang yang menurut pemanggil mangsa keluar dari rumah pada Ahad pada pukul 6 pagi menggunakan bot untuk ke sungai dan belum pulang ke rumah selepas itu.

“Orang kampung bertindak melakukan pencarian awal dan hanya menjumpai bot mangsa tanpa pengemudi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya, seramai lima anggota bomba dan lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama dua buah jentera penyelamat tiba di lokasi.

Operasi keseluruhan tamat pada pukul 2.30 petang setelah dipastikan tiada lagi bahaya.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda