Lelaki miliki petrol tanpa lesen didenda RM20,000, penjara 6 bulan jika gagal bayar

SEMPORNA – Mahkamah Sesyen Tawau menjatuhkan hukuman denda RM 20,000 dan penjara jika gagal bayar kepada seorang lelaki atas kesalahan memiliki barangan kawalan minyak petrol tanpa lesen, di sini pada Rabu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna, Dr Jong Jee Leong berkata, tertuduh Abdullah Asadan, 26, telah mengaku bersalah di hadapan Yang Arif Tuan Ahmad Faizadh Yahaya atas dakwaan berurusan barang kawalan minyak petrol sebanyak 2,080 liter di dalam 70 jerikin (tong) secara runcit atau borong tanpa lesen.

“Ia merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Tangkapan kes berkenaan dilakukan di kawasan perairan Singgah Mata oleh sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Bum Bum, Semporna dan kemudian diserahkan kepada pihak KPDN untuk siasatan lanjut.

“Semasa tangkapan, tertuduh didapati memiliki barang kawalan iaitu minyak petrol di isi dalam 70 jerikin sebanyak 2,080 liter di sebuah bot kayu berwarna kelabu bertaris merah yang disyaki cuba diseleweng ke negara jiran di Sitangkai, Filipina tanpa sebarang lesen atau kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan tidak akan berkompromi dengan aktiviti melibatkan barang kawalan dan akan terus meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan di daerah ini.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16