Dua mangsa bot karam Selampit sudah ditemui

LUNDU: Perkembangan terbaharu pencarian mangsa kedua bot karam berlaku di Kampung Selampit, Lundu, Helena Fasha Petrus, 16, sudah ditemui oleh pasukan pencari dan penyelamat.

Difahamkan, mayat Helena ditemui oleh pasukan pencari dan penyelamat pada 5.30 petang, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian, dalam keadaan lengkap berpakaian sekolah.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, mengesahkan mayat mangsa tersebut ditemui dalam keadaan sempurna ketika ditemukan.

Mangsa pertama nahas perahu karam, Vilki Wilson ketika dibawa oleh anggota Bomba

Selain itu, mayat mangsa juga dihantar ke Hospital Lundu untuk tindakan lanjut.

Pihak berkuasa kini meneruskan operasi pencarian bagi mengesan seorang lagi mangsa, Alsma Jitwil, 14, yang masih hilang dalam kejadian bot karam di Kampung Selampit, Lundu ini.

Sebelum ini, mayat mangsa lelaki Vilkie Wilson, 15, ditemui terapung pada jarak 100 meter dari tebing sungai pada 11 pagi tadi.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16