Lelaki hilang ketika mencari hasil hutan, memancing

KALABAKAN – Seorang lelaki dipercayai hilang di hutan semasa mencari hasil hutan dan memancing di Batu 32, Jalan Kalabakan-Maliau Basin, di sini, pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa, Khairul Saharin, 31, belum balik ke rumah sehingga kini.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari pertama dilakukan dengan berjalan kaki menyusuri denai sejauh dua kilometer iaitu dari tempat letak kereta ke tapak khemah melalui kawasan air terjun dan seterusnya mendaki kawasan bukit sehingga ke puncak.

“Seterusnya dari puncak menuruni bukit sehingga ke kawasan sungai dan kembali ke tempat permulaan, bagaimanapun mangsa belum ditemukan, ditangguh pukul 3 petang dan SAR diteruskan pada Jumaat,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Menurut Jemishin, mangsa bersama rakannya (pemanggil) mencari hasil hutan kira-kira pukul 4.10 petang pada Selasa sebelum mendapati mamgsa tidak dapat dihubungi dan melaporkannya kepada pihak polis pada Rabu, kira-kira pukul 8.55 malam.

“Pemanggil dan mangsa berpisah semasa hendak pulang semula ke tapak perkemahan mereka.

“Pemanggil cuba menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp untuk menjejaknya namun mangsa memberitahu bahawa bateri telefonnya hampir kehabisan dan sehingga kini mangsa tidak dapat dihubungi berkemungkinan bateri telefonnya telah habis.

“Hasil pencarian telah dibuat oleh pemanggil tetapi gagal dijumpai kerana keadaan cuaca hujan,” ujarnya.

Operasi SAR itu membabitkan 22 pegawai dan anggota dari BBP Tawau, PDRM, Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Bomba Sukarela.

Related Posts

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

KOTA KINABALU – Pasukan Mountain Search and Rescue Team (MOSAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menjalankan pemantauan serta rondaan keselamatan di sekitar kawasan Gunung Kinabalu susulan kejadian gempa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

BENTONG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 88.39 kilogram sisa elektronik (e-waste) dari luar negara di Pelabuhan Utara, Port Klang, Selangor, awal bulan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian