Lelaki dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah

SRI AMAN – Seorang lelaki yang dikatakan menghidap penyakit sawan dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah Rumah Jinis, Tekalong Melugu Scheme pada 19 November lalu.

Mangsa dikenali sebagai Jackson Bar Runi berusia 23 tahun kali terakhir dilihat memakai pakaian kemeja T berwarna putih.

Menurut kenyataan Pusat Gerak Operasi Bomba Sarawak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah masuk hari kedua.

“Pencarian bermula dengan radius awal sekitar kawasan loji air Melugu dan tebing sungai sejauh 3 kilometer,” katanya.

Selain itu, operasi SAR juga turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta komuniti tempatan untuk mempercepat pencarian.

Pihak bomba menyeru orang ramai mempunyai maklumat agar segera memberi maklumat kepada mereka.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen