Lelaki dikhuatiri hilang, kereta ditemukan di kebun sawit

TENOM – Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas hanya keretanya ditemukan di dalam kawasan kebun sawit berhampiran tepi sungai, Jalan Kemabong, di sini, pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mudi Pengiran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada pukul 11.18 pagi.

“BBP Tenom menerima laporan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom berkenaan kes mangsa tersebut yang berumur 26 tahun dilaporkan hilang oleh adik sepupunya selepas gagal dihubungi sejak Jumaat lalu.

“Menurut laporan daripada adik sepupu mangsa, hanya sebuah kenderaan Myvi berwarna silver milik mangsa berjaya ditemukan di kawasan kebun sawit tersebut.

“Adik sepupu mangsa yang sebelumnya berjaya mengesan kereta tersebut melalui GPS telefon bimbit mangsa kemudian bergegas ke lokasi kejadian, namun tidak menemukan mangsa di situ,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Mudi, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilakukan pasukan bomba pada pukul 12.36 tengah hari, selepas menerima laporan kes itu.

“Pasukan bomba bersama jentera penyelamat tiba di lokasi dalam jarak 13 kilometer (km) menjalankan pencarian dengan berjalan kaki menyusuri sungai sejauh 1.6km dari lokasi mangsa dikhuatiri hilang.

“Bagaimanapun mangsa masih belum ditemukan dan operasi SAR ditangguhkan pada pukul 4.50 petang.

“Operasi akan disambung pada hari ini iaitu Rabu dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Related Posts

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

BATU PAHAT – Semua parti dalam Kerajaan MADANI disaran mengamalkan pendekatan matang dan rasional dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding percaturan politik, khususnya dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’