Lelaki dicekup simpan syabu di Kampung Patiambun

LIMBANG – Tindakan seorang lelaki tempatan menyimpan dadah mengundang padah apabila dia dicekup polis dalam Ops Tapis di Kampung Patiambun pada Jumaat.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang kira-kira jam 2.10 petang.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek membawa kepada penemuan satu peket plastik lut sinar disyaki berisi dadah jenis syabu.

Menurutnya, dadah dengan anggaran berat 0.30 gram itu ditemui disorokkan di dalam simpanan suspek.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. 

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai mula terlibat dengan penagihan dadah sejak pertengahan tahun lalu.

“Ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam pada itu, Parum turut menyeru masyarakat agar terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membanteras gejala dadah hingga ke akar umbi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya terus ke IPD Limbang di talian 085-211466 atau hotline 24 jam JSJN Sarawak di 017-5929211.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia