17 keluarga terjejas ribut di DUN Kepayang terima bantuan RM23,000

IPOH – Sebanyak 17 keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang pada minggu menjelang sambutan Tahun Baharu Cina lalu, kini boleh menarik nafas lega apabila menerima bantuan kewangan berjumlah RM23,000.

Bantuan tersebut disalurkan menerusi inisiatif Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Nga Kor Ming, yang diwakili Setiausaha Politiknya, Wong Kar Keat.

Menurut Kar Keat, keluarga terjejas melibatkan penduduk di Taman Star dan Kampung Kepayang menerima bantuan antara RM1,000 hingga RM3,000 setiap keluarga bergantung kepada tahap kerosakan rumah masing-masing.

“Ribut yang melanda pada minggu lalu ketika orang ramai membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina telah menyebabkan beberapa kediaman mengalami kerosakan.

“Sejurus menerima laporan, pihak kami meminta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) mengumpul serta mengesahkan maklumat mangsa bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut menjelaskan, kejadian yang berlaku pada hujung minggu percutian panjang sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja pembaikan. Bagaimanapun, keluarga terlibat telah ditempatkan di hotel berhampiran sebagai penginapan sementara tanpa perlu menanggung sebarang kos.

Mengulas lanjut, Kar Keat berkata, walaupun jumlah bantuan yang diberikan tidak mampu menampung keseluruhan kerugian, ia diharap dapat meringankan beban mangsa pada waktu yang mencabar.

“Kami di Pusat Khidmat wakil rakyat bersama pihak swasta dan agensi berkaitan akan terus komited menyalurkan sokongan serta bantuan berterusan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16