Lelaki cedera bahagian kepala, tangan dihempap pokok

PENAMPANG – Seorang lelaki berusia 46 tahun dilaporkan cedera akibat dihempap pokok di Kampung (Kg) Togudon di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, PKPgB Zeno Tingalan, mangsa dihempap pokok semasa menjalankan aktiviti memotong pokok di kebun.

“Mangsa dilaporkan stabil dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan.

“Tindakan pasukan bomba memberi rawatan awal seterusnya membawa mangsa ke Kg Togudon menggunakan ‘junkin stretcher’.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak perubatan dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth menaiki ambulans untuk mendapat rawatan selanjutnya,” katanya.

Jelasnya, sebaik menerima panggilan pada pukul 12.08 tengah hari sepasukan lapan anggota BBP Penampang bersama Komander Operasi PBK I KUP Benny Lim dikejarkan ke lokasi.

Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud operasi ditamatkan pada pukul 4.16 petang.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16