36 projek bina baharu, naik taraf Tamu Desa di Sabah siap awal dari jadual 

KOTA BELUD – Sebanyak 36 projek pembinaan baharu dan penaiktarafan Tamu Desa di seluruh Sabah bagi Fasa Satu siap mendahului jadual yang telah ditetapkan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)  Datuk Ewon Benedick berkata kementeriannya akan memastikan pembinaan premis Tamu Desa yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak memberikan manfaat kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil.

“Bagi Fasa Dua pula, kita telah menyerahkan Surat Kuasa Pelaksanaan kepada para pegawai daerah dan penolong pegawai daerah yang terlibat untuk pembinaan 18 projek Tamu Desa, di seluruh Sabah.

“Mudah-mudahan pada tahun hadapan kita dapat meneruskan pelaksanaan Premis Tamu Desa seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025. 

“Perdana Menteri telah mengambil kira permintaan kita dan seterusnya membentangkan sejumlah peruntukan yang boleh digunakan untuk meneruskan pelaksanaan Premis Tamu Desa pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat lima Tamu Desa yang siap di kawasan Kota Belud, pada Isnin.

Tamu Desa itu ialah Tamu Desa Lasou, Tamu Desa Lompios, Tamu Desa Nahaba, Tamu Desa Takulung dan Tamu Desa Piasau.

Turut serta dalam lawatan itu, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP Azizul Alias dan para pemimpin setempat.

Ewon turut meninjau beberapa cadangan tapak pembinaan Tamu Desa di Kg. Podi, Kg. Kinasaraban dan Kg. Pangi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, secara keseluruhannya sebanyak 17 Tamu Desa dibina di Kota Belud dalam Fasa 1 dan Fasa 2.

“Jumlah keseluruhan Tamu Desa di Kota Belud agak besar kerana saya mahu memantau sendiri pelaksanaannya. Selaku salah seorang rakan pimpinan di sini mudah bagi saya untuk memantau.

“Sebab ini adalah pertama kali dilaksanakan oleh KUSKOP dan ia akan menjadi penanda aras kepada pelaksanaan premis Tamu Desa di daerah-daerah lain,” katanya.

Katanya lagi, banyak permohonan diterima daripada wakil-wakil rakyat seluruh Sabah dan Sarawak serta persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil yang memohon disediakan kemudahan yang lebih baik untuk para penjaja dan peniaga kecil di kawasan mereka.

“Malah beberapa wakil rakyat dari Semenanjung juga mula menyatakan pandangan sekiranya Kementerian dapat memanjangkan pelaksanaan Tamu Desa di mukim-mukim atau kampong-kampung yang berada di luar bandar di Semenanjung,” katanya.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan tarikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam