Leeds tewaskan United 2-1

LEEDS United mencatat kemenangan penting 2-1 ke atas seteru tradisi Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, dengan Noah Okafor muncul wira apabila meledak dua gol di Old Trafford.

Kemenangan itu menyaksikan Leeds meninggalkan zon penyingkiran, manakala Manchester United kekal di tangga ketiga liga dengan 55 mata.

Okafor membuka jaringan di awal permainan sebelum menambah gol kedua pada minit ke-29 hasil rembatan yang terkena pemain lawan, sekali gus meletakkan pelawat selesa mendahului 2-0.

United yang kembali beraksi selepas rehat antarabangsa dilihat bergelut menyesuaikan diri apabila kerap kehilangan bola di kawasan sendiri akibat tekanan tinggi Leeds.

Situasi semakin sukar buat tuan rumah apabila pertahanan Lisandro Martinez dilayangkan kad merah pada minit ke-56 selepas didapati menarik rambut penyerang lawan, Dominic Calvert-Lewin, hasil semakan VAR.

Walaupun beraksi dengan 10 pemain, United berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Casemiro pada minit ke-69, namun gagal mencari gol penyamaan walaupun melancarkan asakan bertali arus di penghujung permainan.

Related Posts

Liverpool, Barcelona tersingkir saingan UCL

LIVERPOOL dan Barcelona tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas masing-masing tewas menerusi keputusan agregat dalam perlawanan suku akhir kedua, awal pagi tadi. Paris Saint-Germain (PSG) mudah menundukkan The…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM3 juta demi pembangunan, pemerkasaan sepak takraw negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI memperuntukkan RM3 juta bagi memperkukuh pembangunan dan penganjuran sukan sepak takraw negara. Peruntukan RM2 juta diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala RM1 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori