Lebuh raya EKVE dibuka, tol percuma sebulan

SEMUA pengguna Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) menikmati tol percuma mulai 6 pagi ini hingga 11.59 malam 30 September 2025.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan pembukaan EKVE Seksyen Satu di Plaza Tol Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

Turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Atas semangat kemerdekaan ini, saya umumkan tol percuma di mana-mana plaza tol EKVE selama 30 hari bermula 6 pagi esok (hari ini),” katanya, lapor Bernama.

Lebuh raya EKVE Seksyen Satu sepanjang 24km itu mempunyai empat persimpangan bertingkat, iaitu di Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat dan Ampang.

Dalam ucapannya, Anwar turut menggesa supaya EKVE Seksyen Dua segera dibina tanpa sebarang kelewatan untuk menangani kesesakan maksimum di kawasan bandar.

“Kesesakan sudah di tahap maksimum… di Kuala Lumpur, di bandar-bandar ini kesesakannya luar biasa, jadi projek-projek itu (pembinaan lebuh raya), harus disegerakan, ikut jadual, walaupun ia memakan belanja dan kos yang tinggi,” katanya.

Beliau menambah, selain untuk pendidikan dan kesihatan, kerajaan berbelanja paling tinggi untuk sektor kerja raya dan pengangkutan, yang menurutnya bukan sahaja diperlukan untuk rakyat tempatan, malah untuk pelancong.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan