Lebih 6,000 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib

KUANTAN – Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lepas, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata, antara hukuman dikenakan ialah buang kerja melibatkan 613 individu, turun pangkat (120), turun gaji (68), lucut hak emolumen (641) dan tangguh pergerakan gaji sebanyak 152 orang.

Antara kesalahan dilakukan katanya, merangkumi aspek integriti, jenayah, rasuah, dadah dan syariah.

“Kalau ada maklumat penglibatan polis sama ada anggota atau pegawai berkenaan salah laku di mana pun boleh berhubung dan salurkan maklumat kepada saya.

“Saya akan susulkan dengan tindakan dan pastikan identiti anda (pemberi maklumat) dilindungi,” katanya ketika menyampaikan ceramah Pembudayaan Integriti Dalam Kalangan Penjawat Awam Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Majlis Bandaraya Kuantan 2024 di sini, hari ini.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, dalam memulihkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan sang saka biru itu tindakan tegas harus diambil terhadap polis yang terlibat dalam kegiatan salah laku tanpa mengira pangkat.

Menurut beliau, sekiranya langkah berkenaan gagal dilaksanakan, kepercayaan masyarakat dan rasa hormat terhadap polis akan terhakis.

“Paling penting sebab itu selalu saya tekankan kita ambil tindakan jangan kira pangkat dan kedudukan… sebagai pemimpin pula jangan hanya nak popular dan takut nak ambil tindakan,” katanya.

Related Posts

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau telah diberikan tanggungjawab baharu untuk mengelola dan memantau urusan FELDA dan FGV Holdings Bhd (FGV). Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan bekas wartawan FMT

PUTRAJAYA – Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan ditahan polis awal pagi tadi susulan soalan kontroversi dalam satu wacana awam, Isnin lalu. Tan, 31, yang meletak jawatan pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim