Industri gig penyumbang utama ekonomi negara, jangan pinggirkan pekerja yang terlibat

PUTRAJAYA – Ekonomi gig di Malaysia ketika ini menunjukkan pertumbuhan yang sihat dan merupakan salah satu sektor yang semakin berkembang pesat sehingga memainkan peranan penting dalam memperkasa ekonomi negara.

Bagaimanapun, Ketua Aktivis Sekretariat Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Jose Rizal melahirkan kebimbangan apabila pekerja yang terlibat dalam industri terbabit tidak mendapat perlindungan sewajarnya, berbanding mereka dalam sektor formal.

Menurutnya, pendekatan “one size fits all” tidak lagi sesuai dan mempunyai kemampuan dalam menangani keunikan serta kerumitan ekonomi gig yang sangat dinamik.

“GEM ingin mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa, syarikat platform, serta masyarakat global untuk memberi perhatian yang lebih serius terhadap golongan pekerja gig, terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor e-hailing dan p-hailing.

“Pihak berkuasa global dan tempatan secara formal disaran mengiktiraf pekerja gig dan menyediakan mekanisme perlindungan undang-undang bagi golongan gig. Pendekatan yang adil dan saksama amat diperlukan untuk memastikan pekerja gig tidak terpinggir dalam usaha pembangunan negara dan ekonomi global,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, Jose menyeru pemimpin global dan kerajaan mengambil langkah serta kajian secara terperinci dalam memperkenalkan dasar untuk memberikan perlindungan kepada pekerja gig.

“Polisi yang dirancang itu perlu menekankan setiap negara harus memiliki pendekatan sesuai berdasarkan keadaan sosioekonomi dan budaya masing-masing.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa kesedaran mengenai isu-isu sosial dan kesejahteraan pekerja gig perlu diberi perhatian lebih mendalam, terutamanya dalam aspek keselamatan sosial, kesihatan, dan hak-hak pekerja,” katanya.

Sementara itu, Jose memaklumkan, isu yang membelenggu pekerja gig bukanlah isu tempatan, namun ia merupakan permasalahan global yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk mencari penyelesaian yang holistik.

“Kita komited untuk terus memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja gig di negara ini. Kami berharap kerajaan, syarikat platform, dan organisasi lain dapat bekerjasama dengan kami untuk mencapai sistem yang lebih adil dan saksama bagi semua pekerja, tanpa mengira status pekerjaan mereka,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, satu akta baharu berkaitan pekerja sektor gig akan digubal dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor berkenaan.

Beliau berkata, pembentangan rang undang-undang (RUU) berkenaan akan dibuat Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang, setelah selesai sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim