Lebih 600 pengguna siap pasang sistem solar, terima rebat hingga RM4,000

KUALA LUMPUR – Lebih 600 pengguna Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) Rakyat berjaya menyiapkan pemasangan sistem solar dan menerima rebat program Skim Insentif Solar Rakyat (SolaRIS) yang diperkenalkan sejak 1 April lepas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, majoriti telah menerima rebat sebanyak RM4,000 bagi setiap pengguna menerusi program itu.

“Analisis terhadap trend permohonan menunjukkan bahawa purata bilangan permohonan NEM Rakyat telah meningkat dari kira-kira 100 permohonan sehari sebelum ini kepada 150 permohonan sehari selepas Skim SolaRIS diluncurkan.

“Langkah ini sekali gus meningkatkan kadar penyerapan (uptake) pemasangan solar dalam kalangan pengguna domestik dan secara tidak langsung akan menyumbang kepada sasaran peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR),” katanya.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu menjawab pertanyaan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai perkembangan terkini program SolaRIS pada sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu Fadillah berkata, program SolaRIS berupaya menurunkan kos pemasangan sistem solar bagi pengguna domestik kerana wujudnya ekonomi ‘soft-scale’ dan membolehkan pemasangan sistem solar menjadi lebih mampu bayar bagi rakyat.

Menjawab soalan tambahan Azli berhubung adakah kerajaan bercadang mewujudkan garis panduan bagi membolehkan pindah milik lesen Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) sekiranya pemilik rumah menjual rumah, Fadillah berkata perkara itu akan dibincangkan.

“Perkara ini akan dibawa untuk dibincangkan di peringkat SEDA dan satu dasar akan dikeluarkan nanti,” katanya.

Related Posts

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa. Komitmen tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh institusi pencegahan rasuah, khususnya dalam keadaan semasa yang menuntut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎