Lebih 20,000 berbuka puasa di Lan Berambeh Sungkei, Sibu

SIBU – Program Lan Berambeh Sungkei 2025 di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 20,000 orang sekali gus menjadikannya antara edisi paling rancak dalam sejarah penganjurannya.

Kini memasuki edisi ketujuh, acara berbuka puasa beramai-ramai ini menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam semangat kebersamaan dan keharmonian.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat  Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee menyifatkan tahun ini sebagai edisi paling istimewa setakat ini.

“Pada awalnya, kami menjangkakan sekitar 20,000 pengunjung, tetapi jumlah kehadiran mungkin lebih daripada itu, dengan kehadiran masyarakat dari Bintangor, Semop, Kuala Rajang, dan Tanjung Manis,” katanya selepas merasmikan program tersebut.

Beliau turut menekankan keunikan Lan Berambeh Sungkei sebagai platform penyatuan masyarakat berbilang kaum dan merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan yang memastikan kelancaran program ini.

Seawal 5 petang, orang ramai sudah mula memenuhi kawasan dataran, ada yang membawa juadah sendiri untuk dikongsi dalam gaya potluck, sementara yang lain membeli hidangan dari Bazar Ramadan Dataran Tunku Bujang Fasa 2.

Program ini julung kali diadakan di Masjid An-Nur pada 2015, dan sejak 2017 ia menjadi tradisi yang dinanti-nanti oleh masyarakat Sibu dan luar Sibu.

Selain berbuka puasa beramai-ramai, acara ini turut diserikan dengan pertandingan meriam buluh, selawat beramai-ramai serta pengagihan bubur lambuk oleh agensi yang terlibat. 

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, YBrs Mohamad Sobri Mat Daud, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato Che Roslan Che Daud, Pengarah Perpaduan Negeri Sarawak, YBrs Dirwana Azool, Residen Bahagian Sibu, YBrs Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Pegawai Daerah Sibu, Wee Teck Min.

Related Posts

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis