Lebih 1,500 nanas percuma diagih kepada pelancong di Banda Hilir

MELAKA – Sambutan Jelajah Hari Nanas Peringkat Negeri Melaka meriah menerusi kehadiran pelancong dalam dan luar negara yang diadakan di perkarangan Bangunan Stadthuys malam tadi.

Majlis perasmian disempurnakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka Dr Muhammad Akmal Salleh yang turut mengagihkan lebih 1,500 nanas kepada orang ramai.

Lebih menarik 20 beca turut menjadi duta bagi mempromosi buah yang membawa banyak kejayaan kepada Malaysia termasuk memberikan peluang ekonomi kepada pekebun serta manfaat kepada pelbagai golongan termasuk wanita, atlet dan asnaf.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali berkata Melaka, memainkan peranan penting dalam mempromosikan nanas terutama menjadi pusat tumpuan pelancong yang berfungsi sebagai duta tidak rasmi, membawa cerita dan pengalaman mereka tentang nanas Malaysia ke seluruh dunia.

Menurutnya, pada 2023 Melaka merekodkan keluasan 90 hektar tanaman nanas yang menunjukkan prestasi membanggakan kerana kepesatan pembangunan industri nanas yang dilaksanakan.

“Malah Kompleks Penjara Jasin pada masa kini antara badan Kerajaan yang aktif membangunkan nanas dan juga produk hasilan daripada tanaman itu.

“Ia mengamalkan konsep sekali tanam, tiga kali tua,” katanya ketika ditemui malam ini.

Hadir sama Datuk Bandar Melaka Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman, Ketua Pengarah LPNM, Mohd Khairuzamri M. Salleh dan Pengarah LPNM Negeri Melaka Siti Hajar Ramlee.

Beliau berkata, dengan rasa kualiti tinggi, nanas Malaysia terus menjadi pilihan utama di pasaran antarabangsa sekali gus LPNM berpandangan nanas layak diangkat sebagai buah kebangsaan, simbol kebanggaan Malaysia.

Baginya, sambutan Hari Nanas Malaysia 2024 diyakini meningkatkan semangat kebanggaan masyarakat kepada produk tempatan dan menjadikan nanas sebagai buah kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.

Akmal pula berkata, sebagai negeri yang menerima jumlah pelancong antarabangsa yang ramai, Melaka memiliki peluang unik untuk mempromosikan produk nanas kepada pelawat dari seluruh dunia.

Katanya, melalui integrasi dalam sektor pelancongan seperti hidangan tempatan dan produk sebagai cenderamata antara usaha meningkatkan kesedaran global mengenai kualiti nanas Melaka.

“Kita akan memperhebatkan usaha bersama LPNM dalam memberikan insentif dan bantuan kepada petani serta menggalakkan penyelidikan dan inovasi dalam teknik penanaman dan pemprosesan nanas bersama pihak berkepentingan.

“Melaka mempergiatkan Agro Pelancongan menerusi kawasan penanaman nanas yang dikenal pasti di kawasan kampung bagi membolehkan pelbagai aktiviti diadakan,” katanya.

Sambil berseloroh Akmal berkata, jika dia tidak menjadi Yang Berhormat, dia akan menjadi penanam nanas kerana pendapatan antara RM5,000 hingga RM8,000 sebulan.

Sebelum ini Jelajah Nanas diadakan di Kuching, Miri Sarawak; Segamat, Pontian, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, Kampung Sat, Jerantut, Pahang; Parlimen Kota Raja, Selangor; Sungai Nibong, Pulau Pinang dan Langkawi, Kedah.

Related Posts

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

MUKAH – Kehadiran ribuan pengunjung membanjiri Tapak Kaul Mukah pada Ahad membuktikan penganjuran Showcase Cats30 x Pesta Kaul Mukah berjaya mencapai matlamatnya dalam menyemarakkan lagi sambutan Kaul Mukah 2026. Konsert…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

KOTA KINABALU – Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) melancarkan Native Court Management System (NCMS) bagi memperkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri (MAN) di negeri Sabah.  Menteri Kerajaan Tempatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

  • By Ynom
  • May 5, 2026
NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua