Bengkel fotografi percuma untuk warga emas

JOHOR BAHRU – Kecanggihan kamera yang terdapat telefon pintar masa kini menyebabkan sebahagian individu khususnya warga emas kurang memahami peranan dan kehebatan teknologi berkenaan.

Justeru, sedar dengan kesukaran golongan itu, Pejabat Parlimen Iskandar Puteri memberikan khabar gembira dengan menyediakan Bengkel Fotografi Warga Emas secara percuma.

Ahli Parlimennya, Liew Chin Tong berkata, inisiatif menarik ini diadakan bagi memberikan peluang untuk warga emas mengenali serta mempelajari kamera telefon pintar masing-masing yang mungkin boleh dijadikan sebagai hobi baharu seiring kemodenan arus masa kini.

“Cetusan Pejabat Parlimen dengan kerjasama Studio Lorong 32 akan dianjurkan sebanyak empat sesi pada hari berbeza termasuk satu lagi sesi pada hari pameran.

“Bengkel ini akan bermula pada 23 Ogos, 6 September dan 13 September di Ground Floor Kopi, Taman Mutiara Mas, Skudai,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Menurut beliau, setiap peserta perlu membayar RM50 sebagai yuran pendaftaran dan wang berkenaan akan dikembalikan kepada peserta yang berjaya menyertai semua sesi selepas bengkel tamat.

“Selepas ketiga-tiga sesi ini selesai, peserta yang berjaya merakam gambar menarik dan kreatif hasil menyertai bengkel ini akan diberikan peluang menarik di mana gambar terpilih ini akan dipamerkan pada 21 September nanti.

“Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus pembelajaran kamera telefon pintar ini, boleh menghubungi Pejabat Parlimen Iskandar Puteri atau scan barcode disediakan di Facebook kami,” katanya.

Related Posts

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal kembali bersinar sebagai destinasi pelancongan utama dunia selepas kerajaan bersetuju menyegerakan projek baik pulih infrastruktur yang kini berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

TAWAU – Dalam dunia kulinari yang semakin moden, tiga sepupu memilih untuk kembali kepada akar tradisi dengan mengekalkan sentuhan Bibiq (nenek) dalam setiap hidangan masakan daging rusa atau payau. Usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap