KENINGAU – Sebanyak lapan buah rumah koloni setinggan yang dibina di tanah rizab kerajaan di sekitar daerah ini telah dirobohkan, pada Khamis.
Ketua Polis Keningau, Superitenden Yampil Garai berkata, notis kali ketiga telah dikeluarkan pada 1 Ogos lepas oleh Jabatan Tanah Ukur Sabah untuk operasi pengosongan dan perobohan di bawah Seksyen 173 Ordinan Tanah Sabah.
Menurut beliau, terdapat sedikit bantahan dari wakil penduduk namun keadaan dapat dikawal dan operasi berjalan lancar.
“Operasi dijalankan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Keningau, Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Tanah Ukur Negeri Sabah, Pejabat Pemugut Hasil Tanah dan Jabatan Veterinar.
“Kerja-kerja perobohan rumah setinggan bermula jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang melibatkan lapan buah rumah setinggan manakala baki lapan buah rumah akan disambung pada keesokan harinya,” jelas Yampil.





