Lapan mangsa maut di Lebuh Raya Pan Borneo

SARIKEI – Tragedi melibatkan sebuah Perodua Alza dan kenderaan pacuan empat roda meragut lapan nyawa dan mencederakan dua orang berlaku di Jalan Pan Borneo berhampiran Sarikei-Sibu pada petang Khamis.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), panggilan kecemasan diterima pada 3:40 petang.

“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei tiba di lokasi kejadian pada 3:58 petang,” kata laporan itu.

Komander operasi, PBK I Haron Jenai, mengetuai operasi menyelamat bersama-sama sembilan anggota serta tiga jentera.

“Lapan lelaki dewasa maut, terdiri daripada tujuh warga Indonesia dan seorang warga tempatan,” kata laporan itu.

Katanya, dua lelaki dewasa mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum diberikan rawatan oleh pegawai perubatan.

Pasukan JBPM menggunakan peralatan ‘RESQ Tool’ untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Difahamkan kesemua mangsa yang maut disahkan oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen