Lantik penjawat awam tempatan layak jadi ketua jabatan, agensi bawah Kuskop di Sabah, Sarawak – Ewon

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melantik ketua-ketua jabatan dan agensinya di Sabah serta Sarawak dari kalangan penjawat awam tempatan yang layak dan memenuhi ketetapan kriteria perkhidmatan awam.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, Borneonisasi perkhidmatan awam persekutuan di Sabah dan Sarawak merupakan satu perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang sedang ditangani dan dibincangkan dalam semua peringkat berkaitan termasuk Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MTPMA63).

“Perkara itu saya telah mulakan di Sabah dan Sarawak untuk memastikan sekurang-kurangnya ketua jabatan agensi-agensi Kuskop di negeri itu dilantik dalam kalangan pegawai tempatan Sabah dan Sarawak yang layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh agensi ataupun perkhidmatan awam.

”Ini adalah sumbangan saya bersama Kuskop dalam menjayakan gagasan Kerajaan Madani dengan memberi peluang yang perlu kepada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program INTAN Minister’s Conversation: Dasar Pandang ke Timur: Perspektif Kuskop di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (KPKPS) di sini, pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau juga memaklumkan Kuskop kini telah memastikan perwakilan bagi negeri Sabah dan Sarawak dalam Lembaga Penasihat Francais Negara bagi mencapai fokus Dasar Pandang ke Timur yang menyokong pembangunan ekonomi negeri-negeri berkenaan.

“Kami telah memastikan perwakilan Sabah dan Sarawak dilantik dalam lembaga pengarah agensi-agensi di bawah Kuskop.

“Selain itu, kita juga berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam menjayakan penyelarasan pembangunan usahawanan di kedua-dua negeri ini melalui jawatankuasa penyelarasan bersama dan juga penubuhan Majlis Pembangunan Usahawan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat daerah dan bahagian yang mengambil kira apa yang sedang diteliti oleh Majlis Tindakan Pelaksanaan dan melalui syarat terkait dengan Borneonisasi,” tambah beliau.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang