Langgar lampu merah, dua motosikal bertembung

GOMBAK – Akibat melanggar lampu merah, motor seorang lelaki bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Greenwood-Batu Caves, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan jam 8 pagi itu melibatkan dua motosikal, jenis Yamaha Y15ZR ditunggang remaja berusia 19 tahun dan sebuah Yamaha Lagenda.

“Dalam kejadian itu motosikal jenis Lagenda ditunggang lelaki tempatan berusia 52 tahun dari arah Greenwood menuju ke Selayang.

“Setibanya di persimpangan lampu isyarat, lelaki itu tidak berhenti di lampu isyarat merah lalu bertembung dengan motosikal Y15ZR ditunggang remaja terbabit yang sedang membelok dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, kedua-dua penunggang motosikal mengalami cedera ringan dan sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat berkaitan juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Rumuna Desa di talian 0163566289 atau Bilik Gerakan Daerah Golbak 0361262222,” katanya.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah