Laluan, parkir di Jalan Padang Kota Kinabalu ditutup sementara 8-13 Disember

KOTA KINABALU – Laluan dan tempat letak kereta di Jalan Padang di sini ditutup sementara bermula 8 hingga 13 Disember ini sempena penganjuran Kota Kinabalu Christmas Celebration (KKCC) 2024.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi notis pemakluman yang dimuat naik di Facebooknya berkata, pada 8 Disember bermula 1 pagi sehingga 7 malam tempat letak kereta Jalan Padang ditutup manakala Jalan Padang akan ditutup secara berkala bermula 4.30 petang hingga 7 malam bagi memberi ruang ‘Fun Run Christmas Celebration’.

“Manakala bermula pukul 1 pagi pada 10 Disember sehingga 10 malam pada 13 Disember tempat letak kereta di sebahagian Jalan Padang dan Tapak Perpustakaan Lama akan ditutup.

“Bagi Jalan Padang (dari gerbang Jalan Istana hingga hadapan Masjid USIA) pula akan ditutup secara berkala bermula pukul 5 petang hingga 10 malam pada 10 sehingga 13 Disember,” menurut notis itu di sini pada Jumaat.

Sehubungan dengan itu, DBKK menasihati orang ramai untuk mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif bagi tujuan keselamatan dan kelancaran trafik.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi DBKK di talian 012-2220220.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang