KUSKOP laksana 94 tamu desa, beri kemudahan selesa kepada usahawan

KUDAT – Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) setakat ini melaksanakan 94 premis Tamu Desa di negeri Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, KUSKOP terus komited menyediakan kemudahan premis Tamu Desa yang lebih selesa kepada usahawan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Katanya, tamu Desa Pekan Sikuati, Kudat merupakan salah satu yang telah dibina dengan peruntukan hampir RM200,000.

“Pelaksanaan projek premis Tamu Desa ini memberikan kesan positif kepada para usahawan tamu yang kini menikmati kemudahan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Saya gembira kerana para peniaga dan usahawan di sini sangat menghargai kemudahan ini yang diberikan oleh Kerajaan MADANI melalui KUSKOP.

“Kita telah memperuntukkan hampir RM200,000 bagi membina premis ini. Sebelum ini usahawan-usahawan tamu hanya menggunakan kanopi untuk berjualan,” katanya selepas meninjau premis tersebut dalam lawatan kerja Tamu Desa Pekan Sikuati, pada Isnin.

Ewon berkata, pelaksanaan Premis Tamu Desa akan diteruskan tahun ini, termasuk di Kudat susulan beberapa permohonan baharu yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda.

Katanya lagi, pelaksanaan projek ini selari dengan dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara (Perspektif KUSKOP), yang memberi fokus tambahan kepada keperluan keusahawanan dan koperasi di Malaysia Timur, khususnya Sabah dan Sarawak.

“KUSKOP akan terus menyokong pembangunan keusahawanan dan koperasi di seluruh negara. Premis Tamu Desa Pekan Sikuati merupakan antara contoh terbaik pelaksanaan projek ini dan boleh dijadikan model bagi projek-projek Tamu Desa yang akan datang.

“Saya juga menghargai kepimpinan Ahli Parlimen Kudat yang memantau sendiri pelaksanaan projek ini dan turut mengemukakan beberapa lagi permohonan untuk membina premis Tamu Desa di kawasan Parlimen Kudat,” katanya.

Terdahulu itu, Ewon turut meninjau Premis Tamu Desa Rondomon di Matunggong merupakan antara projek yang dibina oleh KUSKOP tahun lalu.

“Premis ini bertujuan menyediakan kemudahan lebih selesa kepada usahawan-usahawan tamu mingguan di luar bandar di Sabah dan Sarawak.

“Saya gembira kerana penduduk yang saya temui menyatakan penghargaan mereka kepada Kerajaan MADANI atas inisiatif ini,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyusun semula strategi sektor pelancongan dengan memberi tumpuan kepada pasaran yang lebih berdaya tahan bagi memastikan kemasukan pelawat dan hasil negara kekal stabil susulan krisis bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James