Kuskop fokus bangun ekonomi Sabah, Sarawak menerusi Dasar Pandang ke Timur

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) kini giat dalam usahanya membangunkan ekonomi yang memfokuskan Sabah dan Sarawak selaras dengan Dasar Pandang ke Timur dalam negara.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, pembukaan pejabat cawangan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) di seluruh Sabah dan juga Sarawak dalam penelitian agar dapat memudahkan para usahawan mendapat manfaat sepenuhnya daripada pembukaan tersebut.

“Saya juga sangat meneliti cadangan untuk menghubungkan pejabat-pejabat bahagian SME Corp bagi negeri Sabah dan Sarawak seperti contohnya perbandingan kita dengan Semenanjung, pejabat SME Corp ada di Kedah dan di Perlis, masa perjalanan itu cuma sekitar 40 minit atau sejam saja, mudah dan jimat masa.

“Lain cerita di Sabah, bayangkan usahawan dari Tawau yang ingin mendapatkan perkhidmatan SME Corp, mereka terbeban, daripada Tawau perlu naik kapal terbang, bas atau memandu berjam-jam ke Kota Kinabalu semata untuk berjumpa pegawai SME Corp,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Program INTAN Minister’s Conversation: Dasar Pandang ke Timur: Perspektif Kuskop di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (KPKPS), di sini, pada Khamis.

Beliau turut menjelaskan, penelitian berkenaan pembukaan pejabat bahagian SME Corp untuk daerah berasingan akan diusahakan sebaik mungkin bagi memastikan para usahawan tidak ketinggalan dan kehilangan peluang untuk mencapai kemajuan dalam perniagaan masing-masing.

“Saya ingin melihat apakah yang diperlukan dalam pembukaan pejabat bahagian ini, bukan hanya di Sabah tetapi juga di Sarawak agar para usahawan ini boleh mendapat sebarang bentuk perkhidmatan, nasihat, taklimat tentang pelbagai bentuk geran atau kemahiran yang ditawarkan oleh SME Corp.

“Begitu juga dengan Projek Pembangunan Hartanah Bumiputera Sabah dan Sarawak oleh UDA Holdings yang juga perlu diteliti bagi memastikan perkhidmatan agensi-agensi Kuskop dapat diperluaskan di Sabah dan Sarawak.

“Melalui projek tersebut banyak membangunkan tanah-tanah Melayu di Semenanjung, jadi saya rasa mereka juga harus meluaskan perkhidmatan untuk Sabah dan Sarawak, dan ini telah dan sedang diusahakan,” katanya.

Related Posts

Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

SANDAKAN – Sandakan Heritage Walk berupaya mempromosikan gaya hidup sihat di samping mempelajari sejarah bandar Sandakan serta pokok warisan. Acara berjalan kaki anjuran Alumni St Cecilia pada Sabtu itu berjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

SEORANG lelaki dikehendaki polis dalam kes samun bersenjata api maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis berhampiran Pangkalan TUDM Gong Kedak, dekat Besut, Terengganu, awal pagi tadi. Ketua Polis Terengganu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

  • By Fandi
  • March 16, 2025
Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama

  • By Fatin
  • March 16, 2025
PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama