Kuota penggajian pekerja asing kekal dibeku – Saifuddin Nasution

PEMBEKUAN permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hal ini memandangkan jumlah pekerja asing dalam negara setakat 15 Sept lepas didapati menghampiri jumlah siling yang ditetapkan.

Menurut Saifuddin, jumlah pekerja asing dalam negara dipandu oleh ketetapan Kementerian Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan guna tenaga kerja dalam negara.

“Kerajaan akan meneliti dan membuat pertimbangan semula berhubung ketetapan pembukaan kuota penggajian pekerja asing.

“Maka, dimaklumkan bahawa pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing adalah diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tempoh pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0, katanya telah tamat pada 31 Dis 2023 dan kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan program pemutihan baharu pada masa akan datang.

Related Posts

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu menjadi sebuah Kota Baca dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya agenda memartabatkan budaya ilmu diperkasa menerusi pelbagai inisiatif strategik, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Wartawan Nasional: Fadillah hargai peranan media pupuk perpaduan

KUCHING – Peranan pengamal media di negara ini terus diiktiraf sebagai komponen penting, khususnya dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar