Anwar sumbang RM50,000 untuk PENA

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM50,000 bagi membaik pulih fasiliti Rumah Persatuan Penulis Nasional (PENA) sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap usaha memartabat dunia penulisan dan kesusasteraan negara.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata, bantuan itu disalurkan Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi yang bertemu pihak PENA mewakili beliau, untuk membincangkan usaha memartabat dunia penulisan dan kesusasteraan negara, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu adalah lanjutan daripada sesi dialog antara beliau bersama tujuh Sasterawan Negara pada bulan Jun lalu, yang mencetuskan pelbagai idea bernas terkait usaha pemerkasaan seni, budaya dan sastera di negara ini.

“Insya-Allah, hasil perbincangan dan sumbangan ini dapat membantu Pena terus memainkan peranan penting mengembangkan bakat, memelihara intelektual serta memperkasa suara penulis tempatan.

“Ini juga sebahagian usaha menjadikan Rumah Pena sebagai pusat tumpuan dan pertembungan kegiatan pengkaryaan sastera, bahasa dan kebudayaan,” katanya.

Related Posts

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu menjadi sebuah Kota Baca dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya agenda memartabatkan budaya ilmu diperkasa menerusi pelbagai inisiatif strategik, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Wartawan Nasional: Fadillah hargai peranan media pupuk perpaduan

KUCHING – Peranan pengamal media di negara ini terus diiktiraf sebagai komponen penting, khususnya dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar